Sasar guna sistem IBS sepenuhnya untuk rumah mampu milik

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin (kanan) menandatangani plak perasmian pada Majlis Perasmian Loji IBS Precast Concrete, Nilai, hari ini. - Foto Bernama
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin (kanan) menandatangani plak perasmian pada Majlis Perasmian Loji IBS Precast Concrete, Nilai, hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

NILAI - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, meletakkan sasaran untuk menggunakan Sistem Binaan Berindustri (IBS) dengan sepenuhnya bagi membangunkan projek perumahan mampu milik, kata menterinya, Zuraida Kamaruddin.

Beliau berkata, buat masa ini, hanya 30 peratus atau 19,000 unit rumah mampu milik dapat dibina setahun dengan menggunakan kaedah IBS dan tambahan 4,000 unit dapat dibina jika ada sebuah lagi kilang mengeluarkan pelbagai komponen IBS.

Beliau berkata, kaedah pembinaan IBS dapat mengurangkan kos pembinaan rumah mampu milik tanpa menjejaskan kualiti rumah serta dapat menjimatkan 49 peratus kos tenaga kerja dan mengurangkan kebergantungan pada pekerja asing.

“Di bawah kerajaan baharu, kita akan menggalakkan sistem pembinaan IBS bagi projek perumahan mampu milik kerana ia lebih murah, cepat dibangunkan dan kurang menggunakan tenaga kerja,” katanya ketika berucap merasmikan Kilang Konkrit Pratuang IBS, MGB Sany (M) Sdn Berhad di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Urusan Kumpulan MGB Berhad, Tan Sri Lim Hock San dan pengarah Urusan Sany Malaysia, Ma Rong Quan.

Dalam pada itu, Zuraida berkata, kementeriannya akan mewujudkan sistem data bagi memastikan masalah lambakan rumah tidak terjual boleh ditangani.

“Adalah penting untuk mendapatkan angka dan statistik bagi melakukan unjuran yang lebih tepat bagi mengelak lambakan unit tidak terjual. KIta boleh mengambil kira sasaran reka bentuk, harga, lokasi, keseragaman dan kelayakan pembeli,” katanya.

Beliau berkata apabia sistem data ini diwujudkan maka dalam tempoh tiga hingga empat tahun, unjuran rumah adalah lebih tepat dan tidak akan membina lebih banyak rumah mampu milik daripada jumlah sebenar yang diperlukan. - Bernama

Artikel Berkaitan: