X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 26 Jun 2022

'MN tidak boleh dirombak oleh individu'

Annuar . (Gambar kecil).Tangkap layar ciapan Annuar di Twitter pada Isnin.
A
A

SHAH ALAM - Muafakat Nasional (MN) tidak boleh sewenang-wenangnya dirombak individu tertentu berikutan setiap keputusan secara dasarnya dibuat oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan Perhimpunan Agung UMNO (PAU).

Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata, ia juga merupakan aspirasi dokongan daripada akar umbi setiap komponen parti gabungan itu.

“Saya mendoakan MN terus kekal, ia tidak boleh dirombak oleh individu kerana ia keputusan dasar dibuat oleh MKT dan PAU.

“Ia juga aspirasi dokongan akar umbi. Perpaduan ummah kekal utuh apabila UMNO dan Pas mendokong muafakat ini, Insya-ALLAH,” katanya menerusi ciapan di Twitter pada Isnin.

Sebelum ini, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran Dewan Undangan Negeri Johor (DUN) untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Bagaimanapun, pada Sabtu, Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed menjelaskan bahawa parti itu tidak mempunyai keperluan untuk bekerjasama lagi dengan Pas bagi menghadapi PRN Johor.

Beliau dengan nada sinis juga berkata, UMNO Johor hanya menyerahkan semuanya kepada takdir sekiranya wujud walau sedikit ruang jika kerjasama itu direalisasikan pada PRN ini.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!