X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 17 Mei 2022

Tuchel puji aksi Ziyech

Ziyech (kanan) meraikan jaringannya yang membantu Chelsea menewaskan Tottenham
A
A

PENGENDALI Chelsea, Thomas Tuchel memuji aksi yang ditampilkan pemain sayap, Hakim Ziyech selepas dia berjaya menghidupkan kembali peluang The Blues bagi memburu gelaran Liga Perdana apabila membantu menewaskan Tottenham 2-0 di Stamford Bridge, awal pagi tadi.

Pemain berusia 28 tahun itu memecahkan kebuntuan menerusi rembatan lencong menarik pada awal babak kedua sebelum tonggak pertahanan Thiago Silva menggandakan jaringan selang beberapa minit untuk meletakkan Chelsea selesa di hadapan.

"Saya sangka sepakan tersebut tidak akan masuk kerana dilihat sedikit tinggi namun ia berjaya jatuh tepat pada masanya.

"Usaha itu mengagumkan dan kami berhak menang," kata Tuchel.

Kemenangan itu menyaksikan Chelsea kini menduduki tangga ketiga dengan 10 mata di belakang pendahulu Manchester City selepas mengakhiri empat perlawanan liga tanpa kemenangan.

The Blues akan berehat daripada aksi liga sehingga pertengahan Februari susulan cuti musim sejuk dan pembabitan dalam Piala Dunia Kelab Fifa.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!