Ahmad Zahid diperintah bela diri

Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membela diri atas 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah, pengubahan wang haram melibatkan dana Yayasan Akalbudi (YAB). Foto Bernama
Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membela diri atas 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah, pengubahan wang haram melibatkan dana Yayasan Akalbudi (YAB). Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin, untuk membela diri atas 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah memutuskan perkara itu selepas berpendapat wujud prima facie berhubung kes itu.

“Selepas membuat penilaian maksimum, saya dapati pihak pendakwaan telah membuktikan intipati bagi kesemua pertuduhan.

“Oleh itu, saya memerintahkan tertuduh untuk membela diri,” katanya.

Ahmad Zahid diberi tiga pilihan iaitu pertama, beliau boleh berdiam diri dan tidak menjawab pertuduhan; kedua, beliau boleh memberi kenyataan tidak bersumpah daripada tempat saksi tanpa pemeriksaan balas oleh pihak pendakwaan.

Sementara pilihan terakhir, Ahmad Zahid memberi keterangan secara bersumpah dengan pihak pendakwaan diberikan peluang untuk menyoalnya semasa pemeriksaan balas.

Artikel Berkaitan: