Covid-19: Sembilan kematian baharu dilaporkan

KKM melaporkan sembilan kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 pada Ahad. Foto hiasan
KKM melaporkan sembilan kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 pada Ahad. Foto hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sembilan kes kematian akibat Covid-19 pada Ahad dengan satu daripadanya membabitkan kematian di luar hospital (brought-in-dead atau BID).

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini sebanyak 31,892 orang, daripada lebih 2.8 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data di portal CovidNow, kes kematian itu direkodkan di lima negeri dengan tertinggi direkodkan di Johor dan Terengganu dengan masing-masing sebanyak tiga kes.

Ia diikuti Perak, Sabah dan Selangor yang mencatat bilangan yang sama iaitu satu kes.

Bagi kes BID pula, satu kes direkodkan di Johor.

Manakala Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya mencatatkan sifar kes kematian.

Data di portal CovidNow turut memaparkan terdapat 45,120 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 37,491 atau 83.1 peratus individu sedang menjalani kuarantin di rumah manakala seramai 4,644 atau 10.3 peratus orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Artikel Berkaitan:

Data KKM itu turut menunjukkan sebanyak 2,842 kes dirawat di hospital dan 143 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 90 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 53 lagi memerlukan mesin ventilator.