X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 23 Mei 2022

Nasib Ahmad Zahid diketahui pagi ini

Ahmad Zahid
A
A

KUALA LUMPUR - Tumpuan terarah ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, apabila keputusan sama ada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dibebaskan atau dipanggil untuk membela diri atas 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi, akan diketahui, jam 9.30 pagi Isnin.

Ia akan diputuskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah.

Jika keputusan mahkamah memihak kepada pasukan pendakwaan, yang berpendapat wujud prima facie, bekas Timbalan Perdana Menteri itu akan dipanggil untuk membela diri.

Ahmad Zahid akan diberi pilihan iaitu pertama, beliau boleh berdiam diri dan tidak menjawab pertuduhan; kedua, beliau boleh memberi kenyataan tidak bersumpah daripada tempat saksi tanpa pemeriksaan balas oleh pihak pendakwaan.

Sementara pilihan terakhir, Ahmad Zahid memberi keterangan secara bersumpah dengan pihak pendakwaan diberikan peluang untuk menyoalnya semasa pemeriksaan balas.

Namun jika mahkamah mendapati tidak wujud prima facie dalam kes ini, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu akan dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan berkenaan.

Ini pastinya akan memberi lembaran baharu dalam karier politik Ahmad Zahid, sekaligus dapat menamatkan perjalanannya ke kompleks ini, sejak empat tahun lalu.

Mahkamah telah mendengar keterangan daripada 99 saksi pendakwaan sejak 18 November 2019 malah meneliti hujahan daripada pihak pendakwaan serta pembelaan selama 24 hari bermula 6 September 2021.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!