Aliff Aziz juara GV8

 Aliff Aziz muncul juara Gegar Vaganza musim ke-8 (GV8) membolehkannya membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 serta trofi.
Aliff Aziz muncul juara Gegar Vaganza musim ke-8 (GV8) membolehkannya membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 serta trofi.
A
A
A

KUALA LUMPUR- Aliff Aziz muncul juara Gegar Vaganza musim ke-8 (GV8) membolehkannya membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 serta trofi.

Aliff membawakan lagu Sampai Syurga dan berduet dengan Hafiz Suip menyanyikan lagu Dealova sebelum pula berentap dengan Aweera membawakan lagu Bangun di pusingan Battle.

Nikki Palikat dan Suki Low pula memenangi tempat kedua dan ketiga dengan masing-masing membawa pulang hadiah RM50,000 dan RM30,000 serta trofi.

Adibah Noor, Azan Scan dan Aweera menduduki tempat keempat, kelima dan keenam serta masing-masing menerima hadiah berupa wang tunai RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 serta trofi.

Nabil dan Jihan Muse menjadi pengacara GV8 dengan maestro tersohor negara, Datuk Ramli MS masih dikekalkan sebagai juri tetap musim baharu ini ditemani Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

Untuk rekod, program GV telah menobatkan barisan artis bergelar juaranya sebelum ini iaitu Ayai Ilusi (GV1), Siti Nordiana (GV2), Azharina(GV3), Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), Naqiu & Hady Mirza (GV6) serta Cliff Umar (GV7). - Awani

.

Artikel Berkaitan: