Kes baharu Covid-19 menurun kepada 3,856

Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham
A
A
A

SHAH ALAM - Kes harian Covid-19 negara kembali menurun di bawah angka 4,000 apabila merekodkan sebanyak 3,856 kes setakat jam 12.00 tengah hari Ahad.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif adalah sebanyak 2,832,945 kes kumulatif.

“Daripada jumlah tersebut, 3,364 adalah kes tempatan dengan 3,236 adalah warga tempatan manakala 128 adalah bukan warganegara. Kes import pula adalah sebanyak 492 kes dengan 378 daripadanya adalah warga negara dan 114 bukan warga negara,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Dr Noor Hisham berkata, daripada jumlah kes harian keseluruhan itu, 3,821 kes atau 99.1 peratus adalah terdiri daripada kategori satu dan dua manakala selebih 0.9 peratus adalah kategori tiga, empat dan lima.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan bahawa terdapat 143 kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 121 daripada adalah kes disahkan Covid-19 manakala 22 lagi adalah kes disyaki, kemungkinan dan dalam siasatan.

Bagi kes memerlukan bantuan pernafasan, Dr Noor Hisham berkata, terdapat 53 kes yang memerlukan alatan rawatan tersebut dengan 43 daripadanya disahkan Covid-19 manakala lagi 10 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan.

Jumlah kluster baharu yang direkodkan pula adalah sebanyak 13 kluster menjadikan jumlah keseluruhan kluster kepada sebanyak 6,306 kluster dengan 235 kluster daripadanya adalah kluster aktif manakala selebih 6,071 kluster adalah kluster yang telah tamat.

Pada masa sama, Dr Noor Hisham memaklumkan sebanyak 2,814 kes sembuh dilaporkan bagi tempoh yang sama menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 ialah 2,755,933 individu.

Artikel Berkaitan: