FAMA sedia gerak rangkaian pembekal ke Pasir Gudang

Ahmad (lima kiri) bersama pengusaha premis Hentian Rehat dan Rawat Bukit Gantang arah utara selepas menyerahkan sijil peraturan GPL kepada kesemua mereka hari ini.
Ahmad (lima kiri) bersama pengusaha premis Hentian Rehat dan Rawat Bukit Gantang arah utara selepas menyerahkan sijil peraturan GPL kepada kesemua mereka hari ini.
A
A
A

BUKIT GANTANG - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bersiap sedia menggerakkan rangkaian pembekal dari seluruh negara untuk membekalkan hasil pertanian ke daerah Pasir Gudang, Johor sekiranya bekalan pertanian di situ disahkan tercemar bahan kimia.

Ketua Pengarah FAMA, Datuk Ahmad Ishak berkata, pihaknya sehingga kini masih belum menerima sebarang arahan daripada Kementerian Pertanian dan Asas Tani (MOA) untuk membekalkan hasil pertanian seperti sayur-sayuran dan buah-buahan ke daerah itu.

Menurutnya, kesemua rangkaian pembekal hasil pertanian dari seluruh negara bersedia digerakkan pada bila-bila masa untuk membekalkan bekalan ke daerah kritikal akibat kes pencemaran bahan kimia di Johor.

"Sekiranya disahkan sayur-sayuran dan buah-buahan di Pasir Gudang sudah dicemari bahan kimia, FAMA akan mengaturkan dengan pembekal seluruh negara dan bersedia membekalkannya produk pertanian segar ke sana.

"Peniaga juga dinasihatkan agar menghentikan jualan produk pertanian sedia ada dan segera mendapatkan bekalan baru dan segar demi keselamatan pembeli dan pengguna," katanya selepas merasmikan program My Best Buy dan Penyerahan Sijil Peraturan GPL di hentian Rehat dan Rawat Bukit Gantang arah utara di sini hari ini.

Ahmad (dua kiri) menyempurnakan gimik perasmian program My Best Buy dan penyerahan Sijil Peraturan GPL di Hentian Rehat dan Rawat Bukit Gantang arah utara, hari ini.
Ahmad (dua kiri) menyempurnakan gimik perasmian program My Best Buy dan penyerahan Sijil Peraturan GPL di Hentian Rehat dan Rawat Bukit Gantang arah utara, hari ini.

Semalam, MOA melalui kenyataannya tidak menerima sebarang laporan pencemaran ke atas produk pertanian dan penternakan di sekitar kawasan Sungai Kim Kim, Pasir Gudang yang tercemar dengan sisa toksik.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, MOA dijangka akan melakukan ujian makmal terhadap produk pertanian dan hasil laut bagi memastikan produk tercemar tidak berada di pasaran.

Dalam perkembangan lain, Ahmad menegaskan FAMA akan menguatkuasakan GPL dalam usaha melindungi industri pertanian tempatan terutama dari aspek pemasaran hasil pertanian bagi pasaran domestik dan luar negara.

Menurutnya, setakat ini FAMA menyenaraikan 78 barangan digredkan dan beberapa lagi item tambahan termasuk sayuran-sayuran dan bunga yang akan digredkan tidak lama lagi.

"Dari tempoh tahun 2008 hingga 2019, FAMA menguatkuasakan GPL membabitkan pengeksport, pengimport, pemborong dan peruncit dan mereka gagal mematuhi GPL boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjara enam bulan atau kedua-duanya.

"Sehubungan itu pemain industri GPL diminta supaya mematuhi GPL kerana dapat membantu memperagakan barangan jualan masing-masing dan ini memberikan manfaat," katanya.