Covid-19: Kadar kebolehjangkitan negara cecah 1.07 pada Sabtu

Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada Sabtu untuk seluruh negara adalah 1.07. Gambar kecil: Dr Noor Hisham
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada Sabtu untuk seluruh negara adalah 1.07. Gambar kecil: Dr Noor Hisham
A
A
A

SHAH ALAM - Kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 di dalam negara merekodkan lonjakan sehingga mencecah 1.07 pada Sabtu selepas meningkat melepasi 1.0 iaitu 1.03 pada Jumaat.

Menerusi infografik dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui Twitternya pada Ahad, kadar RT di dalam negara direkodkan berada pada angka 1.0 dan ke atas sejak empat hari lalu.

Empat negeri dan Wilayah Persekutuan yang merekodkan Rt melebihi kadar jangkitan nasional ialah Negeri Sembilan dengan 1.13, diikuti Kuala Lumpur (1.09), Kedah (1.09), Melaka (1.08) dan Johor (1.07),

Negeri yang melepasi nilai Rt 1.0 pula ialah Putrajaya (1.04), Selangor (1.03) dan Pulau Pinang (1.03), manakala negeri merekodkan Rt 1.0 dan ke bawah ialah Sabah (1.00), Kelantan (0.99), Pahang (0.97), Perak (0.97) dan Terengganu (0.79).

Menjawab pertanyaan seorang pengguna Twitter dalam ciapan tersebut mengenai kesan sekiranya nilai Rt terus melebihi 1.0, Dr Noor Hisham berkata, situasi itu akan menyebabkan kes jangkitan di dalam negara terus meningkat.

Kes harian Covid-19 terus merekodkan peningkatan tiga hari berturut-turut sejak Khamis lalu dengan jumlah jangkitan pada Sabtu dan Jumaat masing-masing melepasi paras 4,000 iaitu 4,116 dan 4,046.

Artikel Berkaitan: