Lelaki Rohingya ditahan bersama 2,105 karton rokok seludup

Seorang lelaki Rohingya ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Damai Perdana, Bandar Damai Perdana pada Sabtu.
Seorang lelaki Rohingya ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Damai Perdana, Bandar Damai Perdana pada Sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang lelaki Rohingya dan merampas 2,105 karton rokok seludup bernilai RM100,890 di sebuah rumah di Jalan Damai Perdana, Bandar Damai Perdana di sini pada Sabtu.

Dalam serbuan Op Kontraban kira-kira jam 3.30 petang, suspek yang berusia 37 tahun dipercayai bekerja sebagai penghantar barangan dan penjaga stor ditahan oleh sepasukan polis dari Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 Pasukan Gerakan Am, Supritenden Rizal Mohamed berkata, hasil pemeriksaan polis menemui 2,105 karton rokok diseludup dan tidak bercukai pelbagai jenama yang disembunyikan di dalam rumah dan kenderaan.

"Anggaran nilai nilai barang yang dirampas berjumlah RM100,890, manakala nilai cukai berjumlah RM261,433.20.

Polis turut menemui rokok seludup yang disembunyikan dalam sebuah kenderaan.
Polis turut menemui rokok seludup yang disembunyikan dalam sebuah kenderaan.

"Turut dirampas sebuah kenderaan dan telefon bimbit, kesemua rampasan berjumlah RM409,773.20," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Menurutnya, suspek serta barangan yang dirampas dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang untuk siasatan lanjut.

"Serbuan dan tangkapan dijalankan di bawah Akta Kastam 1967 serta Akta Imigresen 1959/63.

Artikel Berkaitan:

"Siasatan dijalankan mendapati rampasan ini berjaya memutuskan satu rangkaian sindiket pengedaran rokok tidak bercukai di sekitar Kuala Lumpur," katanya.