X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 22 Mei 2022

SOP bazar Ramadan, MBSA ikut ketetapan Persekutuan

Zamani (dua kanan) menyampaikan sumbangan periuk serba guna kepada mangsa banjir di Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam pada Ahad
A
A

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) masih menunggu prosedur operasi standard (SOP) dari Majlis Keselamatan Negara (MKN) berhubung pengendalian bazar Ramadan tahun ini.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Zamani Ahmad Mansor berkata, buat masa ini, perlaksanaan SOP berkenaan masih lagi sama mengikut ketetapan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Keempat.

"Buat masa ini, kita ikut SOP bagi pengendalian bazar Ramadan seperti disarankan di peringkat Persekutuan," katanya selepas menyampaikan sumbangan periuk serba guna kepada mangsa banjir di Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini, pada Ahad.

Hadir sama, Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Mohd Rashidi Ruslan.

Bagaimanapun, beliau berkata, segala SOP daripada MKN dan arahan terkini daripada Persekutuan akan diperhalusi dan dibincangkan sebelum keputusan mengenainya dimuktamadkan kelak.

"Sebenarnya, SOP (pengendalian bazar Ramadan) pada masa ini dilaksanakan seperti pengendalian pasar malam dan sebarang perubahan akan dimaklumkan kelak," katanya.

Pada 10 Januari lalu, MBSA dalam kenyataannya memaklumkan membuka permohonan bazar Ramadan secara dalam talian untuk pengeluaran permit bazar tahun ini bermula pada 17 Januari.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, orang ramai boleh membuat permohonan sehingga 16 Februari depan melalui laman sesawang eBazar MBSA https://bazar.mbsa.gov.my.

Sementara itu, Zamani berkata, dalam usaha membantu mangsa-mangsa banjir di Shah Alam, MBSA mengambil inisiatif dengan memberikan sumbangan sebanyak 1,525 unit periuk serba guna kepada mangsa-mangsa banjir di Shah Alam.

Pemberian sumbangan itu melibatkan empat lokasi iaitu sebanyak 635 unit di Taman Sri Muda; Seksyen 17 (400); Kampung Lanchong Jaya, Seksyen 28 (240) dan Kampung Kebun Bunga, Batu 3 (250).


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!