X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 18 Mei 2022

Bersatu Johor mesyuarat bincang PRN

SAHRUDDIN
A
A

JOHOR BAHRU - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi membincangkan persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).

Setiausahanya, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, mesyuarat itu akan melibatkan ketua-ketua bahagian dan jentera pilihan raya parti.

Katanya, pertemuan dan perbincangan bersama Pas dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia ( Gerakan) selaku komponen dalam Perikatan Nasional (PN) Negeri Johor juga akan diadakan bagi tujuan sama.

"Bersatu Johor menjunjung kasih dan mengambil maklum pembubaran Dewan Undangan Negeri ( DUN) yang telah mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bagi memberi laluan PRN diadakan.

"Susulan itu, Bersatu Johor di bawah pimpinan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bermesyuarat bagi membincangkan secara terperinci bersama ketua-ketua bahagian dan jentera PRN,"katanya dalam kenyataan, pada Ahad.

Menurut Sahruddin, sebagai sebuah parti berdaftar, Bersatu Johor sentiasa mendukung prinsip Rukun Negara dan amalan demokrasi serta menjunjung tinggi Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.

"Bersatu Johor sentiasa meletakkan soal kemaslahatan negeri dan rakyat sebagai keutamaan sekali gus akan terus memberikan khidmat demi kemakmuran negeri serta kesejahteraan rakyat Johor" katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!