Covid-19: 14 kematian baharu dilaporkan pada Sabtu

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 14 kes kematian baharu akibat Covid-19 pada Sabtu dan tiada kematian di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini sebanyak 31,882 orang daripada lebih 2.8 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal CovidNow, terdapat 44,088 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 37,167 individu sedang menjalani kuarantin di rumah manakala seramai 3,890 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Data KKM itu turut menunjukkan bahawa sebanyak 2,890 kes dirawat di hospital dan 141 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU pula membabitkan 79 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 62 lagi memerlukan mesin ventilator.

Artikel Berkaitan: