X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 07 Julai 2022

Timbalan Ketua MIC Tapah maut kemalangan

Keadaan kereta dipandu mangsa yang terbabas dalam parit dan terbalik dalam kemalangan di Kilometer 53 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur, Tapah lewat malam Sabtu.
A
A

TAPAH - [DIKEMAS KINI] Timbalan Ketua MIC Bahagian Tapah, D Sivabalan maut dalam nahas membabitkan dua kenderaan di Kilometer 53 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur dekat sini lewat malam Sabtu.

Dalam kejadian sekitar jam 12.45 tengah malam itu, Sivabalan, 50, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah apabila kereta dipandunya terbabas dalam parit dan terbalik selepas bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV).

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, ketika kejadian mangsa yang memandu kereta jenis Proton Iswara dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur ke Ipoh.

Menurutnya, tiba di tempat kejadian, dipercayai kereta mangsa telah melanggar bahagian kanan belakang sebuah MPV jenis Proton Exora yang datang dari arah bertentangan.

"Pelanggaran menyebabkan kereta mangsa terbabas ke dalam parit.

"Mangsa yang parah telah meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu MPV berusia 21 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya kepada pemberita di sini pada Ahad.

Beliau berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Tapah untuk bedah siasat.

"Siasatan lanjut dibuat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Sementara itu, mangsa yang tersepit dalam kenderaan berjaya dikeluarkan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Tapah.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!