X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 03 Julai 2022

Warisan teliti jika tanding PRN Johor

Mohd Shafie menerima borang keahlian daripada bekas Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi Chuan Aun ketika hadir pada Majlis Makan Malam Warisan di Dewan Hakka, Likas, Kota Kinabalu.
A
A

KOTA KINABALU - Parti Warisan (Warisan) akan meneliti secara mendalam bagi menentukan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, perkara itu telah dimaklumkan kepada Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) melalui Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

"Kita akan lihat dulu kerana kita baru terima maklumat hari ini (Sabtu) (Dewan Undangan Negeri Johor dibubarkan) dan kita akan teliti secara mendalam.

"Saya telah berhubung dengan Saddiq dan maklumkan perlu ada persediaan kalau sekiranya kita nak putuskan untuk bertanding," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Makan Malam Warisan di Dewan Hakka, Likas pada malam Sabtu.

Mengulas lanjut, beliau turut memaklumkan bahawa Warisan mempunyai penyokongnya tersendiri terutama di beberapa kawasan di Johor.

"Walaupun kita mempunyai beberapa kawasan yang mempunyai penyokong di situ, pengalaman saya di Johor ini banyak juga berkempen.

"Di Pasir gudang contohnya banyak orang Sabah dan Sarawak, (begitu juga) di Johor Bahru tetapi kita tidak hanya bergantung dengan rakyat dari Sabah dan Sarawak.

"Kita akan lihat bagaimana keadaan di situ. Kita belum putuskan sebab kita baru dengar pembubaran dewan di Johor dan itu pun kita tak tahu bila pilihan raya diputuskan.

"Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mungkin akan menentukan bila agaknya pilihan raya dan saya akan bincang dengan kawan saya, Saddiq dulu," katanya.

DUN Johor secara rasminya dibubarkan pada Sabtu selepas Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran DUN Johor untuk memberi laluan kepada PRN.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!