Himpunan #TangkapAzamBaki desak kerajaan ambil tindakan tegas

Wei Kiat (dua dari kiri) hadir menyertai himpunan #TangkapAzamBaki pada Sabtu.
Wei Kiat (dua dari kiri) hadir menyertai himpunan #TangkapAzamBaki pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan serta pihak berkuasa perlu mengambil tindakan yang betul terhadap dakwaan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki memiliki kepentingan dan pemilikan saham dalam beberapa syarikat.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Chua Wei Kiat berkata, himpunan #TangkapAzamBaki yang diadakan di Bangsar pada Sabtu adalah salah satu langkah bagi memberi tekanan kepada kerajaan untuk mengambil serius isu tersebut.

Menurut beliau, isu tersebut telah menjejaskan integriti negara disebabkan SPRM merupakan badan yang berperanan memerangi kes rasuah dalam negara.

"SPRM jaga kes rasuah tetapi ketuanya terlibat isu seperti ini.

Beliau patut dihentikan tugas segera supaya siasatan lebih lengkap dapat dilakukan untuk memastikan kes ini diselesaikan dengan betul," katanya mengulas mesej himpunan #TangkapAzamBaki yang diadakan pada Sabtu.

Ditanya tentang keputusan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bahawa tiada pelanggaran syarat di bawah Seksyen 25(4) Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA) berhubung akaun Ketua Pesuruhjaya SPRM itu, Wee Kiat menjelaskan, isu tersebut tidak mudah dan bukan hanya melibatkan agensi itu sahaja.

Beliau berkata, siasatan secara dalaman perlu dijalankan dan tidak berat sebelah.

"Kalau ada pegawai yang berjawatan tinggi terlibat libat dalam isu ini, mereka patut direhatkan sementara bagi memberi laluan siasatan secara telus.

Artikel Berkaitan:

"Selepas keputusan jika sabit salah, khidmatnya perlu ditamatkan," katanya.

Katanya, AMK Selangor akan melakukan pelbagai cara untuk menekan kerajaan mengambil tindakan yang patut termasuk kemungkinan demonstrasi yang lebih besar.