Tujuh terbunuh kebakaran penempatan di Mumbai

Tujuh maut dan ramai lagi cedera dalam kejadian kebakaran membabitkan sebuah bangunan di Mumbai, India pada awal Sabtu.Gambar hiasan
Tujuh maut dan ramai lagi cedera dalam kejadian kebakaran membabitkan sebuah bangunan di Mumbai, India pada awal Sabtu.Gambar hiasan
A
A
A

NEW DELHI - Tujuh maut dan ramai lagi cedera dalam kejadian kebakaran membabitkan sebuah bangunan di Mumbai, India pada awal Sabtu.

Anggota bomba bertindak memindahkan berpuluh-puluh penghuni dari bangunan kediaman setinggi 20 tingkat di kawasan Tardeo, lokasi utama di bandar itu, lapor saluran televisyen tempatan.

Seorang pegawai kanan polis di lokasi kejadian berkata 21 jentera bomba terlibat dalam operasi memadam kebakaran yang bermula sekitar 7 pagi di salah satu unit tingkat atas.

Litar pintas mungkin punca kebakaran, kata Datuk Bandar Mumbai Kishori Pednekar.

Kira-kira 15 mangsa yang cedera telah dibawa ke pelbagai hospital dan sebahagian daripadanya berada dalam keadaan kritikal.

Lebih 90 penghuni bangunan berjaya menyelamatkan diri serta ada dalam kalangan mereka dibantu jiran masing-masing, kata seorang saksi. - Bernama

Artikel Berkaitan: