X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 26 Jun 2022

PRN Johor untuk dapat mandat baharu rakyat: Hasni

Hasni mengadakan sidang media berkenaan pembubaran DUN Johor di Pejabat Perhubungan UMNO Johor di Jalan Yahya Awal, Johor Bahru pada Sabtu.
A
A

JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri pimpinan UMNO bersetuju mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bertujuan mendapat mandat baharu rakyat.

Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, mandat 'segar' itu diperlukan kerana sebelum ini kerajaan negeri hanya 'bergerak' atas ihsan pembangkang terutama apabila untuk membuat sebarang keputusan.

"Memandangkan kedudukan kerajaan yang boleh dikatakan bergerak atas ihsan pembangkang, ini tak wajar berlaku di Johor, sebab itu pertimbangan mengadakan pilihan raya dilakukan.

"Saya perlu dapat 'fresh mandate'. Saya perlu dapatkan semula mandat rakyat Johor untuk Johor lebih maju, lebih berjaya," katanya pada sidang media di Pejabat UMNO Johor, di Jalan Yahya Awal di sini pada Sabtu.

Hasni sebelum itu diterima menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar untuk mendapat perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) di Istana Bukit Serene di sini jam 5 petang.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menentukan tarikh PRN Johor dalam masa terdekat dan Speaker DUN, Suhaizan Kaiat akan memaklumkan pembubaran DUN kepada pihak SPR.

"Persetujuan mengadakan PRN selepas UMNO Johor mendapat mandat daripada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan Presiden UMNO juga beri persetujuan saya buat keputusan adakan PRN di peringkat negeri.

"Selain itu saya mendapat persetujuan UMNO negeri dan diperkenan Sultan Johor untuk mengadakan PRN. PRN yang akan diadakan ini seperti yang saya maklumkan sebelum ini tidak akan mengganggu pentadbiran kerajaan negeri," katanya.

Hasni berkata, keputusan mengadakan PRN juga kerana kerajaan sedia ada mempunyai majoriti yang mudah iaitu 29 kerusi.

"Selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Osman Sapian meninggal dunia, saya ada menimbang untuk mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kempas.

"Namun disebabkan masa yang tidak sesuai terutama banjir yang melanda pada Disember lalu maka PRK tidak diadakan," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!