X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 01 Julai 2022

[VIDEO] Tun M dilaporkan stabil

Dr Mahathir
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan stabil dan memberi respon yang baik terhadap rawatan diterima di Institut Jantung Negara (IJN) pada Sabtu.

Perkara tersebut disahkan oleh anak beliau, Datin Paduka Marina Mahathir.

“Sejak dua hari yang lepas, Tun Dr Mahathir Mohamad dirawat di Institut Jantung Negara lanjutan prosedur elektif yang berjaya dilaksanakan pada 8 Januari 2022.

“Keadaan beliau kini stabil dan memberi respon yang baik kepada rawatan tersebut.

“Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali serta keluarga memohon agar rakyat mendoakan supaya beliau segera sembuh sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Dr Mahathir sebelum ini disahkan berada di Unit Rawatan Koronari (CCU), IJN.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh jurucakap bekas perdana menteri itu.

Pengamal media sudah menanti di perkarangan IJN sejak jam 1 petang tadi.

Sebelum ini, IJN memaklumkan satu kenyataan media akan dikeluarkan dalam masa terdekat berhubung keadaan Dr Mahathir.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!