Jenazah Abang Ali akan dibawa pulang ke KL

Kemas kini di Facebook Yusuf Azmi pada Sabtu.
Kemas kini di Facebook Yusuf Azmi pada Sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Aktivis Persatuan Pengguna Semboyan 1Malaysia, Ali Salimin atau lebih dikenali sebagai Abang Ali meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya pada Sabtu.

Pengerusi persatuan itu, Yusuf Azmi menerusi kemas kini di Facebook memaklumkan jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Segambut, Kuala Lumpur.

"Saya sekarang di balai polis Muar... Insya-ALLAH jika semua urusan telah selesai, jenazah Allahyarham Abg Ali akan dimandikan di Hospital Muar dan disembahyangkan di Masjid Al Azim, Pandan Indah.

"Dan jika dipermudahkan segala urusan, Allahyarham akan dikebumikan di Segambut, Kuala Lumpur. Jika ada pertukaran lokasi, akan diupdate dari masa ke semasa," kongsinya di Facebook pada Sabtu.

Menerusi entri terdahulu, Yusuf memaklumkan beliau sedang dalam perjalanan ke Hospital Muar, Johor bagi menuntut dan memandikan jenazah Allahyarham.

"Mohon maaf, saya tidak dapat menjawab panggilan sekarang.

"Saya mohon doa saudara saudari sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Abang Ali," tulisnya di Facebook.

Difahamkan Allahyarham terlibat dalam kemalangan motosikal di Pagoh, Johor.

Artikel Berkaitan:

Allahyarham aktif dalam menjalankan kerja aktivis bersama Semboyan Malaysia dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).