'Tiada pihak yang menang jika dibiarkan berterusan'

Lee Chong Wei
Lee Chong Wei
A
A
A
ISU yang melanda arena badminton negara membabitkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), pemain perseorangan lelaki, Lee Zii JIa dan perseorangan wanita, Goh Jin Wei perlu diselesaikan dengan segera.

Isu yang mendapat perhatian hangat sejak Jumaat tidak hanya menuntut penyelesaian secara baik daripada dalam kalangan rakyat Malaysia tetapi juga komuniti sukan badminton tersebut termasuk legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.

“Saya harap isu hangat mengelilingi arena badminton Malaysia sejak kebelakangan ini selesai secepat mungkin.

“Tiada pihak yang menang jika dibiarkan berterusan,” kata pemenang pingat perak Sukan Olimpik tiga kali menerusi akaun ruangan InstaStory miliknya pada Sabtu.

BAM pada Jumaat, mengambil keputusan untuk tidak mendaftarkan Zii Jia dan Jin Wei menyertai mana-mana kejuaraan antarabangsa selama dua tahun berkuatkuasa 18 Januari 2022 dan 31 Oktober 2021.
Artikel Berkaitan:


Tindakan itu berikutan keputusan kedua-dua pemain tersebut yang mahu meninggalkan badan induk tersebut dan bergerak secara profesional.

Untuk rekod, para pemain perlu mendapatkan kelulusan daripada badan induk negara masing-masing sekiranya mahu menyertai kejuaraan kendalian Persekutuan Badminton Dunia (BWF).