X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 20 Mei 2022

'BAM bukan syarikat komersial': Najib

Kenyataan dimuat naik Najib di Facebook miliknya. Gambar kecil: Najib
A
A

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menasihatkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mencari penyelesaian secara baik bagi menyelesaikan pertikaian semasa dengan pemain kebangsaan Lee Zii Jia.

Najib turut mengingatkan BAM bahawa ia bukan sebuah syarikat komersial sebaliknya merupakan sebuah organisasi yang diamanahkan untuk meningkatkan kualiti badminton di Malaysia.

Justeru, beliau bersetuju dengan pandangan bekas pemain nombor satu dunia Lee Chong Wei bahawa kedua-dua pihak harus menyelesaikan perselisihan pendapat mereka demi kebaikan sukan dan negara.

“Melarangkan Zii Jia untuk mewakili negara selama dua tahun adalah satu hukuman yang melampau sebab karier seorang atlet adalah pendek.

Saya faham antara sebab Zii Jia keluar BAM ialah dia sudah ada sponsor (penaja) sendiri dan mahukan jurulatih sendiri.

“Saya juga faham bahawa BAM kecewa sebab mereka sudah melabur untuk latih dia sejak dia berusia 13 tahun.

Namun BAM bukanlah sebuah syarikat komersial yang inginkan pulangan bagi pelaburan mereka.

“Misi BAM adalah untuk mempertingkatkan prestasi sukan badminton negara dan bukannya untuk mendapat pulangan komersial,” katanya dalam satu hantaran di Facebook miliknya pada Sabtu.

Kempen petisyen di avaaz.org Community Petitions bertajuk 'Jangan Gantung Lee Zii Jia & Goh Jin Wei'.
Kempen petisyen di avaaz.org Community Petitions bertajuk 'Jangan Gantung Lee Zii Jia & Goh Jin Wei'.

Pada Jumaat, BAM memutuskan untuk tidak mendaftarkan Lee Zii Jia menyertai mana-mana kejohanan antarabangsa berkuatkuasa 18 Januari.

'Hukuman' yang dikenakan BAM tersebut susulan tindakan pemain perseorangan negara itu menarik diri daripada badan induk berkenaan.

Sementara itu, warganet tampil mengambil inisiatif menyelamatkan masa depan badminton Zii Jia apabila menganjurkan beberapa kempen di media sosial masing-masing.

Satu daripadanya menerusi akaun Malaysia Badminton Lovers yang mempertahankan tindakan Zii Jia dan rakannya Goh Jin Wei dengan mengumpul petisyen menggesa Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menarik balik keputusan badan induk itu yang disifatkan sesuatu yang tidak boleh diterima kebanyakan penyokong.

"Lee Zii Jia dan Goh Jin Wei dikenali dengan bakat dan pencapaian hebat mereka, tidak perlu mengharamkan mereka selama dua tahun daripada menyertai kejohanan.

"Kami (rakyat Malaysia) sedar dan percaya dua pemain ini boleh mencetus pencapaian terbesar di Malaysia, kami tidak akan berhenti dan marah dengan perkara ini," menurut satu kenyataan pendek di laman itu.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!