Kerajaan beri jaminan adili kes Azam Baki

Hamzah
Hamzah
A
A
A

LARUT - Kerajaan akan menggunakan segala peruntukan undang-undang sedia ada bagi mengadili kes membabitkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Jaminan itu diberikan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang antara lain menggesa semua pihak agar tidak mendahului dan mengambil tindakan sendiri yang menyalahi undang-undang.

Menurutnya, tidak kiralah peraturan diperuntukkan itu kecil mahupun besar, penting sebagai warganegara untuk menjaga kedudukan dengan tidak melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang.

"Kalau kes Azam Baki ini, Security Commision (Suruhanjaya Sekuriti) telahpun mengeluarkan kenyataan, jadi kita serah kepada suruhanjaya itu dulu.

"Selepas itu kalau ada lagi tindakan selanjutnya, saya sebagai Menteri Dalam Negeri sedia melihat kaedah-kaedah lain termasuk menggunakan segala undang-undang sedia ada (untuk kendalikan kes).

"Jadi tak payahlah kita nak mendahului orang lain," katanya kepada pemberita sempena program Kenduri Rakyat di Kampung Tapah, Selama di sini pada Sabtu.

Mengulas penganjuran perhimpunan #TangkapAzamBaki di beberapa lokasi di sekitar ibu negara pada pagi Sabtu, Hamzah berkata, tindakan seperti itu tidak sewajarnya berlaku.

Hamzah beri tawaran RM5 bagi beras 5 kilogram sempena Jualan Keluarga Malaysia di Arena Square Wan Abu Bakar, Kampung Masjid, Ijok di sini pada Sabtu.
Hamzah beri tawaran RM5 bagi beras 5 kilogram sempena Jualan Keluarga Malaysia di Arena Square Wan Abu Bakar, Kampung Masjid, Ijok di sini pada Sabtu.

Artikel Berkaitan:

Katanya, mereka yang berhimpun mahu memperjuangkan keadilan dalam undang-undang, namun secara tidak sedar telah melanggar undang-undang itu sendiri (dengan berhimpun beramai-ramai).

"Sebab itu apapun kita lakukan, kena tengok diri dan nilai kesalahan kita dahulu.

"Sebagai contoh, kita tak mahu orang yang melanggar undang-undang, jadi tak kan lah kita sendiri yang melanggar undang-undang.

"Pentingnya kita sesama kita ini faham, sama ada undang-undang tu kecil atau besar, ia masih lagi merupakan undang-undang," katanya.

Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut sebelum itu hadir pada program Jualan Keluarga Malaysia di Arena Square Wan Abu Bakar, Kampung Masjid, Ijok.

Sempena program jualan itu, beliau membantu memberi tawaran harga murah kepada penduduk yang hadir antaranya beras 5 kilogram pada harga RM5, ayam RM10 seekor manakala mihun dan tepung RM1 sebungkus.