X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 05 Julai 2022

UMNO Johor bersetuju adakan PRN Johor

Hasni ketika ditemui sebaik selesai Mesyuarat UMNO Johor di Pejabat UMNO Johor di sini pada Sabtu
A
A

JOHOR BAHRU - UMNO Johor sebulat suara bersetuju untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) sekali gus membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

Menteri Besar merangkap Pengerusi UMNO Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, perkara itu akan dijelaskan sepenuhnya pada jam 6 petang, pada Sabtu selepas dia menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim, Sultan Iskandar.

“Saya akan buat sidang media pada jam 6 petang ini, kerana saya akan bermesyuarat dahulu dengan barisan Exco Kerajaan Negeri dan selepas itu melakukan pertemuan bersama Baginda Sultan Ibrahim.

“Semua akan dijelaskan pada jam 6 petang ini, yang utama saya sudah mendapat consent (persetujuan) oleh UMNO untuk adakan PRN,” katanya ketika ditemui sebaik selesai Mesyuarat Perhubungan UMNO Johor di Pejabat UMNO Johor di sini pada Sabtu.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!