Ebit Lew bantu penghantar makanan bayar sewa rumah

Ebit Lew bertemu wanita berkenaan bagi menghulurkan bantuan.
Ebit Lew bertemu wanita berkenaan bagi menghulurkan bantuan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kesukaran hidup seorang wanita yang bekerja sebagai penghantar makanan mendapat perhatian pendakwah popular, Ebit Lew yang menghulurkan bantuan.

Ebit menerusi perkongsian di Facebook memaklumkan, wanita tersebut yang mempunyai anak orang kurang upaya (OKU) telah lama berhasrat untuk bertemunya bagi mendapatkan nasihat serta doa.

Menurut Ebit, wanita tersebut sentiasa membawa anaknya ketika hantar makanan dan pernah memohon Projek Perumahan Rakyat (PPR) namun belum diluluskan selain motosikal digunakan juga masih berhutang.

"Menangis je kakak ni.

Kuat dan tabah mencari rezeki buat diri dan anaknya yang OKU cacat penglihatan.

Pergi ke mana-mana ambil dan hantar tempahan dengan anak kecilnya.

Artikel Berkaitan:

Ebit Lew membantu meringankan beban wanita itu dengan membayarkan sewa rumah buat keluarga berkenaan.
Ebit Lew membantu meringankan beban wanita itu dengan membayarkan sewa rumah buat keluarga berkenaan.

"Syukur kepada ALLAH SWT kami dapat carikan rumah buat kakak ini.

Tak perlu bayar kerana kami akan bayarkan," kongsinya menerusi Facebook pada Sabtu.

Ebit memaklumkan, pihaknya turut membelikan baju dan belikan barang keperluan rumah seperti peti ais, mesin basuh serta periuk nasi.

"Begitu juga dapat hadiahkan almari dan tilam. Menangis syukur, ALLAH SWT beri rezeki begini padanya.

"Anaknya aktif dan manja dengan maknya.

Rapat berdua. Jadi kakak ni tak boleh tinggal anaknya.

Kena bawa bekerja ke sana sini. Semoga ALLAH SWT bantu kakak ini," kongsinya.