Serangan Christchurch jawab tuduhan: Mufti Kelantan

Mohamad Shukri menandatangani plak perasmian Masjid Al Hassan hari ini.
Mohamad Shukri menandatangani plak perasmian Masjid Al Hassan hari ini.
A
A
A
BACHOK - Insiden serangan pengganas di Christchurh, New Zealand semalam menjawab tuduhan yang mengaitkan orang Islam dengan pengganas atau teroris.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, pengganas ada di mana-mana sahaja dan boleh mewakili mana-mana puak atau golongan.

Katanya, insiden itu telah menafikan tuduhan sebelum ini yang mengatakan teroris itu dari orang Islam.

"Apa yang pasti kejadian itu adalah satu peristiwa yang sangat menyayat hati kepada umat Islam.

"Saya percaya dunia mengutuk keras tindakan individu terbabit," katanya selepas Program Masjid Di Hati dan Perasmian Masjid Al Hassan, Kampung Surau di sini, hari ini.

Artikel Berkaitan: