Wanita cedera kemalangan babitkan Arnold Schwarznegger

Arnold Schwarznegger -Foto AFP
Arnold Schwarznegger -Foto AFP
A
A
A

WASHINGTON - Pelakon Amerika Syarikat Arnold Schwarznegger terlibat dalam kemalangan di California yang mengakibatkan seorang wanita dalam kenderaan lain cedera, lapor Sputnik memetik kenyataan saluran berita TMZ.

Schwarznegger dilaporkan memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) GMC Yukon dan bertembung dengan Toyota Prius berwarna merah.

Kereta pelakon itu mula berpusing dan melayang di atas Toyota Prius selain turut melanggar Porsche Cayenne.

Pemandu Toyota Prius, seorang wanita dikejarkan ke hospital akibat kemalangan itu.

Kemalangan dilaporkan berlaku akibat Schwarznegger melanggar lampu isyarat merah. Bagaimanapun, pelakon itu tidak mengalami sebarang kecederaan. - Bernama

Artikel Berkaitan: