X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 16 Mei 2022

Padah langgar lampu isyarat merah

Anggota polis memeriksa kenderaan dalam Ops Lampu Isyarat dan Ops Samseng Jalanan yang diadakan selama tiga hari bermula Rabu.
A
A

KEMAMAN - Tindakan 12 pengguna jalan raya melanggar peraturan dengan tidak berhenti semasa lampu isyarat merah mengundang padah apabila disaman polis dalam Ops Lampu Isyarat dan Ops Samseng Jalanan yang diadakan selama tiga hari bermula Rabu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, daripada jumlah itu, enam saman dikeluarkan kepada pemandu kereta manakala enam lagi kepada penunggang motosikal.

Menurutnya, ia sebahagian daripada 113 saman dikeluarkan membabitkan pelbagai kesalahan dalam Ops Lampu Isyarat dan Ops Samseng Jalanan yang dijalankan serentak oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman.

"Sepanjang tiga hari Ops Lampu Isyarat, kita mengeluarkan 58 saman pelbagai kesalahan lain iaitu tiada lesen memandu (23), tiada cukai jalan (6), nombor pendaftaran tidak mengikut piawaian (6), tidak menampal kelulusan lesen L dan P (4), aksesori tidak sempurna (4), tiada cermin sisi (2) dan tidak memakai topi keledar 1 kes.

"Ops Lampu Isyarat dijalankan di tiga lokasi berasingan selama dua jam setiap hari bermula di Lampu Isyarat PSM (Jalan Chukai – Air Putih), Lampu Isyarat Hospital dan Lampu Isyarat Enjin Gergaji (Jalan Kuala Terengganu – Kuantan)," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Sementara itu Hanyan berkata, dalam Ops Samseng Jalanan diadakan di Kilometer 152 dan 150, Jalan Kuala Terengganu – Kuantan pula, sebanyak 55 saman dikeluarkan dalam tempoh empat jam operasi dijalankan.

Katanya, antara kesalahan dikesan ialah tiada lesen memandu (20 kes), tiada cukai jalan (9), nombor pendaftaran tidak mengikut piawaian (12), tidak menampal kelulusan lesen L dan P (4), aksesori tidak sempurna (2), tiada cermin sisi (5) dan tidak memakai topi keledar (2) dan ubahsuai ekzos satu kes.

"Secara keseluruhan, seramai 292 individu dan sebanyak 255 kenderaan melibatkan kereta, motosikal dan lain-lain jenis diperiksa sepanjang tiga hari dua operasi ini dijalankan.

"Saya menasihati pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi isyarat lampu merah dan peraturan lain. Operasi ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi membendung berlaku kemalangan jalan raya terutama kemalangan maut," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!