Gempa bumi 6.1 magnitud landa Indonesia

Gempa bumi berlaku pada 9.26 pagi waktu tempatan dengan pusat gempa terletak 39 kilometer tenggara bandar Melonguane. - Foto hiasan
Gempa bumi berlaku pada 9.26 pagi waktu tempatan dengan pusat gempa terletak 39 kilometer tenggara bandar Melonguane. - Foto hiasan
A
A
A

JAKARTA - Gempa bumi bermagnitud 6.1 pada skala Richter menggegarkan wilayah Sulawesi Utara di tengah Indonesia pada Sabtu tetapi tiada amaran tsunami dikeluarkan, lapor agensi berita Xinhua memetik kenyataan agensi Meteorologi, cuaca dan geofizik.

Gempa bumi berlaku pada 9.26 pagi waktu tempatan (0226 GMT) dengan pusat gempa terletak 39 kilometer tenggara bandar Melonguane di daerah Talaud dengan kedalaman 12km di bawah dasar laut, kata agensi itu.

Sementara itu, Xinhua turut melaporkan gempa bumi dengan kekuatan 6.0 pada skala Richter menggegarkan 231km tenggara Sarangani, Filipina pada 02:26:13 GMT hari sama.

Menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat, pusat gempa dengan kedalaman 23.99km ditentukan pada 3.6951 darjah utara dan 126.6747 darjah timur. - Bernama

Artikel Berkaitan: