Tarian singa kembali selepas dua tahun berehat

Peralihan Kelantan ke Fasa Empat PPN pada 3 Januari lalu memberi kegembiraan kepada Pertubuhan Kebudayaan dan Kesenian Xiang Long Kelantan apabila mereka kembali membuat persembahan tarian singa selepas berehat hampir dua tahun akibat serangan pandemik Covid-19.
Peralihan Kelantan ke Fasa Empat PPN pada 3 Januari lalu memberi kegembiraan kepada Pertubuhan Kebudayaan dan Kesenian Xiang Long Kelantan apabila mereka kembali membuat persembahan tarian singa selepas berehat hampir dua tahun akibat serangan pandemik Covid-19.
A
A
A

KOTA BHARU - Peralihan Kelantan ke Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada 3 Januari lalu memberi kegembiraan kepada Pertubuhan Kebudayaan dan Kesenian Xiang Long Kelantan apabila mereka kembali membuat persembahan tarian singa selepas berehat hampir dua tahun akibat pandemik Covid-19.

Ketuanya, Lee Rong Jiang berkata, kebenaran tersebut membolehkan mereka kembali beraksi dan memeriahkan sambutan Tahun Baharu Cina kali ini selepas sekian lama tidak dapat membuat persembahan.

"Ini merupakan undangan pertama yang kami terima selepas persembahan kembali dibenarkan.

"Walaupun undangan tidak meriah sebelum pandemik, namun kami tetap gembira dapat membuat persembahan dengan patuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan," katanya ketika ditemui pemberita di sini pada Sabtu.

Katanya, setiap ahli lengkap divaksin dan mereka yang membuat persembahan perlu menjalani ujian saringan supaya bebas daripada jangkitan Covid-19.

Rong Jiang berkata, sejurus selesai membuat persembahan setiap ahli kumpulan dan kesemua barangan akan dinyah cemar bagi mengekang penularan jangkitan Covid-19.

"Sebelum ini kita bawa 40 ahli untuk membuat persembahan. Namun disebabkan pandemik, saya hanya bawa 15 ahli kumpulan sahaja.

"Saya harap Covid-19 akan segera berlalu dan kita kembali menjalani kehidupan normal seperti mana tahun-tahun sebelum ini," katanya.

Artikel Berkaitan: