Sila log masuk terlebih dahulu.

Laungan 'Tangkap Azam Baki' di LRT Bangsar

Laungan 'Hidup Hidup! Tangkap Tangkap Azam Baki!' mula dilaungkan oleh sekumpulan aktivis yang hadir dalam perhimpunan #TangkapAzamBaki di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bangsar, di sini pada Sabtu.

A
A
A

KUALA LUMPUR - Laungan 'Hidup Hidup! Tangkap Tangkap Azam Baki!' mula dilaungkan oleh sekumpulan aktivis yang hadir dalam perhimpunan #TangkapAzamBaki di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bangsar, di sini pada Sabtu.

Kumpulan yang diketuai aktivis, Adam Adli Abdul Halim itu mula hadir kira-kira jam 10.50 pagi.

Kumpulan itu turut membawa plakad bertulis 'Lawan' selain gambar Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Setakat jam 11 pagi, lebih 30 peserta yang memakai baju t-shirt warna hitam telah berkumpul.

Turut kelihatan bendera parti DAP selain peserta yang memakai baju logo parti Pejuang.

Artikel Berkaitan: