Bukan mudah berada di kelompok empat terbaik: Conte

Antonio Conte - Foto Reuters
Antonio Conte - Foto Reuters
A
A
A

PENGENDALI Tottenham Hotspur, Antonio Conte menyifatkan ia bukan satu tugas mudah untuk Spurs menamatkan liga musim ini di kelompok empat terbaik.

Jelas jurulatih berasal dari Itali itu, meskipun berjaya mencatatkan keputusan yang memberangsangkan dalam beberapa perlawanan sebelum ini, namun beliau masih beranggapan banyak perkara perlu dilakukan bagi merealisasikan impian tersebut.

"Saya masih kekal dengan pendirian bahawa agak susah untuk kami menamatkan musim ini dalam kelompok empat terbaik meskipun pasukan berjaya mencatatkan keputusan positif.

"Masih banyak usaha perlu dilakukan bagi mencapai impian tersebut," katanya.

Untuk rekod, Spurs berjaya memenangi kedua-dua perlawanan liga musim ini dan berada di kedudukan kelima dengan mengumpul 36 mata dalam 19 perlawanan.

Dalam pada itu, Conte gembira apabila Hugo Lloris merupakan ketua pasukan Lilywhites menandatangani kontrak baharu selama dua tahun setengah.

"Sangat penting untuk kapten kita (Lloris) menandatangani kontrak baharu dan kekal bersama pasukan untuk tempoh dua tahun lagi.

"Dia adalah tempat rujukan untuk seluruh kelab termasuk saya,” kata Conte.

Artikel Berkaitan: