Individu ditahan anjur perhimpunan dibenarkan pulang

Laporan Sinar Harian malam tadi. Gambar kecil: Tangkap layar Twitter milik JayjayDenis
Laporan Sinar Harian malam tadi. Gambar kecil: Tangkap layar Twitter milik JayjayDenis
A
A
A

SHAH ALAM - Beberapa individu yang ditahan malam tadi dipercayai ada kaitan dengan perhimpunan bagi mendesak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki ditangkap dibenarkan pulang.

Menurut satu ciapan di Twitter milik @jayjaydenis berkata, individu terbabit telah dipulangkan semula kad pengenalan mereka selepas maklumat mereka diambil.

“Terkini: Semua yang ditahan tadi telah diberikan semua kad pengenalan selepas maklumat diambil oleh pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields.

“#TangkapAzamBaki diteruskan hari esok.

“Jumpa jam 11:00 pagi di pekarangan stesen LRT, Bangsar,” katanya menerusi ciapan di Twitter pada Sabtu.

Dalam ciapan itu juga memaklumkan, kira-kira 20 pegawai dan anggota dari Balai Polis Pantai telah mengambil pengenalan mereka di Restoran Amjal, Bangsar.

Sebelum ini, sepasukan anggota polis telah menyerbu Restoran Amjal di Bangsar pada jam 11:58 malam dan menahan mereka sebelum keluar daripada restoran tersebut.

Semalam, seramai 16 individu, termasuk lima pemimpin politik diambil keterangan berhubung penganjuran perhimpunan bagi menggesa Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ditangkap yang bakal diadakan di ibu negara.

Artikel Berkaitan:

Tanpa menamakan individu berkenaan, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahya berkata, kesemua mereka dipanggil bagi siasatan lanjut mengikut peruntukan Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Sebelum itu, polis mengambil keterangan aktivis sosial, Adam Adli bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penganjuran perhimpunan berkenaan.

Adam hadir di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi kira-kira jam 2.30 petang dan selesai diambil keterangan selepas 30 minit