SMK Bandar Saujana Putra bakal beroperasi Mac depan

Projek pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Saujana Putra Kuala Langat yang terbengkalai sejak tiga tahun lalu kini telah siap sepenuhnya. - Foto FB Dr Radzi Jidin
Projek pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Saujana Putra Kuala Langat yang terbengkalai sejak tiga tahun lalu kini telah siap sepenuhnya. - Foto FB Dr Radzi Jidin
A
A
A

SHAH ALAM - Projek pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Saujana Putra Kuala Langat yang terbengkalai sejak tiga tahun lalu kini telah siap sepenuhnya.

Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkongsi khabar gembira itu menerusi hantaran video di Facebook pada Jumaat.

"Alhamdulillah, awal minggu ini saya dimaklumkan pembinaan sekolah telah siap sepenuhnya. Hari ini, kami sekali lagi turun untuk melihat persediaan terakhir sebelum sekolah dibuka dan mula beroperasi bagi penggal baharu persekolahan pada bulan Mac nanti.

"Pemakluman lanjut berkaitan pendaftaran murid ke sekolah ini akan diumumkan dalam masa terdekat,"katanya.

Mengimbas semula, beliau berkata usaha memastikan projek sekolah tersebut dapat disempurnakan dilakukan susulan lawatan ke situ kira-kira setahun lalu.

"Mengetahui kesukaran ibu bapa untuk menghantar anak-anak ke sekolah, kami dapat merasakan betapa mereka tertunggu-tunggu bilakah SMK Bandar Saujana Putra ini boleh mula beroperasi.

"Memahami kesulitan yang dihadapi oleh ibu bapa dan murid, saya telah meminta supaya projek ini dipulih dan disiapkan segera serta dipantau dari semasa ke semasa,"katanya.

Artikel Berkaitan: