Zii Jia sedang 'berduka'?

Paparan gambar profil di laman sosial Facebook Zii Jia.
Paparan gambar profil di laman sosial Facebook Zii Jia.
A
A
A

HITAM boleh diibaratkan warna kesedihan dan harapan tidak tercapai - itu mungkin yang diluahkan bintang badminton nombor satu negara, Lee Zii Jia seolah-olah sedang 'berduka' berdasarkan gambar profil di laman sosial Facebook pemain berusia 23 tahun dari Alor Setar, Kedah tersebut.

Juara Seluruh England tersebut dipercayai menukar paparan di laman sosialnya selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan Zii Jia tidak akan didaftarkan untuk sebarang kejohanan dalam tempoh dua tahun berkuatkuasa 18 Januari lalu.

Ia susulan tindakan pemain tersebut menghantar surat permohonan untuk keluar dari BAM pada 11 Januari lalu, biarpun badan induk berkenaan mengadakan beberapa siri perbincangan bagi memujuk Zii Jia mempertimbangkan semula keputusannya itu.

Namun Zii Jia dipercayai kekal dengan pendirian sepertinya sebelum ini untuk keluar dari BAM dan bergerak solo.

Artikel Berkaitan: