WUI sumbang 100 al-Quran kepada surau Nurul Iman

Ketua Unit Pembangunan dan Penyelidikan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Ustaz Safri Muhammad Zein (kiri) ketika sesi penyerahan al-Quran kepada Pengerusi Surau Nurul Iman, Kampung Lombong, Muhamad Nor Basiron.
Ketua Unit Pembangunan dan Penyelidikan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Ustaz Safri Muhammad Zein (kiri) ketika sesi penyerahan al-Quran kepada Pengerusi Surau Nurul Iman, Kampung Lombong, Muhamad Nor Basiron.
A
A
A

SHAH ALAM - Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI) menyumbang sebanyak 100 naskah al-Quran kepada penduduk Kampung Lombong Seksyen 29, Shah Alam yang hadir bagi sesi solat Jumaat.

Penyerahan al-Quran dilakukan sebelum bermula solat Jumaat di Surau Nurul Iman, Kampung Lombong Seksyen 29, Shah Alam.

Pengerusi surau, Muhamad Nor Basiron berkata, seperti yang sedia maklum, kampung berkenaan dilanda banjir baru-baru ini dan sumbangan tersebut dihargai pihaknya.

“Terima kasih kepada WUI yang sudi datang dan memberi sumbangan berbentuk al-Quran dan surah Yasin kepada Surau Nurul Iman di Kampung Lombong.

“Semoga penyumbang dan penerima al-Quran mendapat keberkatan dan kerahmatan daripada Allah.

“Saya berharap program sebegini dapat diteruskan ke kawasan-kawasan yang terjejas musibah banjir kerana masih ramai yang memerlukan naskah al-Quran khususnya di surau-surau dan Masjid,” katanya pada program penyerahan al-Quran pada Jumaat.

Sementara itu, Penolong Pengurus WUI, Rozalina Mohamed berkata, selain pemberian al-Quran, mereka juga akan mula mengaktifkan satu sudut al-Quran di setiap surau dan masjid.

“Seperti yang kita tahu memang banyak kawasan yang terjejas akibat banjir baru-baru telah memusnahkan banyak al-Quran jadi kita akan sumbang al-Quran kepada surau dan masjid yang memerlukannya.

Artikel Berkaitan:

"Kita akan sediakan satu sudut untuk letakkan al-Quran untuk memudahkan individu lain mengaksesnya.

"Jadi orang yang datang untuk solat jemaah boleh terus baca al-Quran di situ. Kami harap ahli jawatankuasa masjid ambil inisiatif untuk aktifkan sudut ini," ujarnya.