X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 26 Jun 2022

'Mesyuarat ini sudah lama dirancang'

Adham ketika ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat Ketua Penerangan UMNO Bahagian Johor di sini pada Jumaat.
A
A

JOHOR BAHRU - Ketua Penerangan UMNO Johor, Datuk Seri Adham Baba memaklumkan mesyuarat melibatkan Ketua Penerangan bagi semua Bahagian UMNO di negeri ini telah lama dirancang dan hanya mengikut takwim ditetapkan.

Beliau yang juga Menteri Sains dan Teknologi menafikan mesyuarat berkenaan mempunyai kaitan dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak lama lagi.

“Mesyuarat ini memang kita dah lama rancang, sudah ditetapkan dan kebetulan ia dibuat hari ini (Jumaat). Kita hanya bincang mengenai perkara-perkara lepas, bukan PRN Johor.

"Kita buat post mortem untuk PRN Melaka tempoh hari, kerana UMNO Johor membantu kerja-kerja kempen di kawasan Jasin, yang mana BN menang empat daripadanya," katanya ketika dihubungi selepas Mesyuarat Ketua Penerangan Bahagian UMNO Johor di Pejabat UMNO Johor di sini, pada Jumaat.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan kesemua Ketua Penerangan bagi 26 Bahagian UMNO Johor berkumpul dalam satu mesyuarat yang diadakan di Pejabat Perhubungan UMNO Johor di Jalan Yahya Awal.

Tinjauan Sinar Harian di lokasi itu mendapati jemputan dan mereka terlibat mula memenuhi pekarangan pejabat pada jam 2.15 petang sebelum mesyuarat berlangsung pada jam 3 petang.

Adham berkata, perbincangan dalam mesyuarat itu juga melibatkan usaha pemerkasaan fungsi Ketua Penerangan Bahagian UMNO Johor berhubung isu-isu semasa yang berlaku dalam negara.

“Kita bincang untuk memperkasa fungsi dan peranan Penerangan, untuk kita jelaskan mengenai isu-isu semasa seperti vaksin, Covid-19, teknologi identifikasi frekuensi radio (RFID) dan penangguhan umrah,” katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!