X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 23 Mei 2022

Ramai tidak pakai tali pinggang keledar: Polis

Anggota polis memeriksa kenderaan dalam operasi di Kilometer 77, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, pada Khamis.
A
A

DUNGUN - Tidak memakai tali pinggang keledar merupakan antara kesalahan paling banyak dikesan dalam tempoh dua jam Ops Samseng Jalanan yang diadakan di Kilometer 77, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, dalam operasi bermula jam 3 petang itu, sebanyak 183 buah kenderaan melibatkan kereta, motosikal dan lori diperiksa.

Menurutnya, daripada jumlah itu, sebanyak 97 saman dikeluarkan kepada pemandu atas pelbagai kesalahan dengan tidak memakai tali pinggang keledar merekodkan jumlah paling tinggi iaitu 32 kes.

“Selain itu, antara kesalahan lain berjaya dikesan adalah gagal menunjukkan lesen memandu, nombor pendaftaran tidak mengikut piawaian dan tidak menampal kelulusan lesen L dan P,” katanya pada Jumaat.

Kata Baharudin, operasi yang berakhir sekitar jam 5.30 petang itu disertai lapan anggota dan pegawai Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun.

Baharudin berkata, orang ramai tidak sepatutnya mengambil ringan soal pemakaian tali pinggang keledar kerana ia boleh mengancam nyawa.

“Kemalangan tidak mengenal tempat dan masa. Jika ia berlaku, akan ada nyawa yang terkorban. Oleh itu, jika pergi ke mana-mana tidak kira jauh atau dekat, gunakanlah tali pinggang keledar," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!