X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 30 Jun 2022

Harimau di Pos Tuel: Orang asli dinasihat jangan keluar seorang

Polis menasihatkan masyarakat orang asli supaya tidak keluar berseorangan susulan kemunculan seekor harimau di Pos Tuel, Gua Musang, pada Khamis. Video seekor pak belang yang tular di Facebook dan ia ditemui orang ramai yang menggunakan jalan di Pos Tuel.
A
A

GUA MUSANG - Polis menasihatkan masyarakat orang asli supaya tidak keluar berseorangan susulan kemunculan seekor harimau di Pos Tuel di Gua Musang, pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, langkah itu bagi mengelakkan mereka berdepan bahaya.

"Sekiranya mempunyai urusan penting mereka perlu keluar dalam berkumpulan.

"Untuk makluman, Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor, Perak telah digerakkan untuk membantu menjaga keselamatan masyarakat orang asli di kawasan yang terkesan dengan kehadiran binatang liar tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, pada Jumaat.

Menurutnya, seramai 21 anggota dari Batalion 3 PGA Bidor dari unit Senoi Praaq telah ditugaskan membantu Jabatan Perlindungan Hidupan Liar (Perhilitan).

Beliau berkata, video seekor harimau yang tular di laman sosial Facebook itu benar dan ia ditemui orang ramai yang menggunakan jalan di Pos Tuel.

Choon Foo berkata, Pos Tuel merupakan antara 'laluan' harimau, namun agak jauh dari kawasan Pos Bihai.

Sebelum ini tular di laman sosial video berdurasi 40 saat yang mempamerkan seekor harimau belang muncul di kawasan laluan penduduk kampung.

Sinar Harian pada 7 Januari lalu melaporkan, seorang lelaki orang asli maut dibaham seekor harimau dalam kejadian di Kampung Sau, Pos Bihai.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!