Tiga rakyat Malaysia stabil, seorang remaja masih hilang

Saifuddin merakamkan gambar kenangan bersama ibu bapa dan guru-guru yang hadir Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota Utama di sini hari ini.
Saifuddin merakamkan gambar kenangan bersama ibu bapa dan guru-guru yang hadir Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota Utama di sini hari ini.
A
A
A

KUANTAN -Tiga rakyat Malaysia dilaporkan stabil selepas cedera dalam insiden tembakan rambang di masjid di Christchurch, New Zealand semalam.

Mereka yang terlibat adalah Rahimi Ahmad, 39, dari Pulau Pinang, Mohd Tarmizi Shuib, 42, (Kedah) dan Mohamad Nazril Hisham Omar, 46, yang berasal dari Kelantan.

Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, ketiga-tiga mereka kini berada di hospital dan akan menjalani pembedahan termasuk seorang yang akan menjalani pembedahan kali kedua.

Menurutnya, tiada maklumat terkini mengenai seorang remaja yang masih hilang dan sehingga kini belum dapat dikesan.

“Ketiga-tiga mereka semuanya stabil. Pembedahan itu dilakukan bagi mengeluarkan peluru dan yang berkaitan dengan luka dialami akibat serangan tersebut.

“Selain itu dua anak Mohd Tarmizi yang turut terlibat ialah Mohamad Haziq, 17, belum dapat dikesan ketika dia melarikan diri bersama ayahnya pada kejadian itu manakala adiknya, Mohamad Hariz, 12, kini dirawat di hospital kanak-kanak kerana trauma dengan kejadian,” katanya

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota Utama di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Haziq masih belum ditemui

Artikel Berkaitan:

'Alhamdulillah... suami saya dah sedar'

Angka korban Christchurch meningkat 49 orang

Tiada pelajar Malaysia terlibat insiden tembakan rambang

Dalam kejadian tembakan di Masjid Al-Noor Mosque dekat Hagley Park dan Masjid Linwood di Christchurch, New Zealand kira-kira pukul 1.40 petang waktu tempatan semalam, 49 orang dilaporkan terbunuh dan lebih 40 cedera.

Saifuddin berkata, kerajaan akan membantu dari segi urusan membawa keluarga ketiga-tiga rakyat Malaysia yang cedera itu ke New Zealand.

“Wisma Putra sedang berurusan dengan keluarga mereka di New Zealand kerana ada dalam kalangan ahli keluarga mereka seperti anak atau ibu bapa berada di Malaysia.

“Kita akan cuba bantu uruskan perjalanan mereka ke sana dan dengan ini mangsa akan bertambah semangat bila melihat keluarga mereka di sisi, kita juga doakan anak Mohd Tarmizi ditemukan segera,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, kira-kira 1,000 rakyat Malaysia lain dan 208 mahasiswa negara ini yang berada di Christchurch dilaporkan berada dalam keadaan selamat.

"Setakat yang kita tahu, rakyat dan mahasiswa kita di sana selamat sebab pihak berkuasa New Zealand telah menangkap suspek dan meredakan keadaan.

“Nasihat yang diberikan supaya penduduk tidak keluar rumah namun kita dimaklumkan keadaan stabil serta selamat.

"Kita berdoa supaya rakyat kita yang cedera cepat sembuh dan tiada perkara yang memudaratkan berlaku dan kita berharap agar tiada rakyat yang terlibat (kematian) kerana jumlah kematian semakin meningkat," katanya.