PRN Johor: 26 Bahagian UMNO adakan mesyuarat khas

UMNO dijangka mengadakan perbincangan mengenai PRN Johor yang didakwa diadakan pertengahan Februari depan. - Gambar hiasan
UMNO dijangka mengadakan perbincangan mengenai PRN Johor yang didakwa diadakan pertengahan Februari depan. - Gambar hiasan
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kesemua 26 Bahagian UMNO di negeri ini dijangka melakukan mesyuarat khas bagi membincangkan persediaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang didakwa akan diadakan pada pertengahan Februari depan.

Menurut sumber, mesyuarat khas itu akan membincangkan mengenai kesediaan parti untuk menghadapi PRN selain memuktamadkan senarai calon daripada setiap Bahagian UMNO di negeri ini.

“Yang pasti, UMNO Johor Bahru memang akan mengadakan mesyuarat khas malam ini dan kalau diikutkan semua bahagian juga perlu mengadakan mesyuarat sama.

“Ketua Bahagian (Tan Sri Shahrir Abd Samad) akan pengerusi sendiri mesyuarat itu. Antara intipatinya adalah berkenaan PRN Johor dan nama-nama calon yang akan bertanding,” katanya ditemui di sini, pada Jumaat.

Sumber berkata, keputusan dalam mesyuarat khas itu juga diperlukan untuk dibawa sebagai salah satu intipati yang akan dibincangkan dalam Mesyuarat Perhubungan UMNO Johor di sini, pada Sabtu.

Difahamkan, satu sidang khas akan dibuat Pengerusi UMNO Negeri Johor, Datuk Hasni Mohammad selepas mesyuarat diadakan di Pejabat UMNO Negeri Johor itu selesai.

“Kalau ikut semua Bahagian perlu buat, sebab kebiasaannya, intipati daripada mesyuarat bahagian itu akan dibawa ke Mesyuarat Perhubungan Negeri esok,” katanya.

Artikel Berkaitan: