X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 23 Mei 2022

Kenaikan inflasi fenomena global akibat gangguan bekalan, kos tenaga

Mustapa.- Foto fail Bernama
A
A

PENINGKATAN kadar inflasi merupakan satu fenomena global yang turut dialami kebanyakan negara lain akibat gangguan rantaian bekalan dan kos tenaga yang meningkat secara mendadak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata ini menyaksikan Malaysia mencatat kenaikan kadar inflasi sebanyak 3.2 peratus pada Disember 2021 berbanding tempoh sama pada 2020.

Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata kerajaan menyedari bahawa peningkatan tersebut telah memberi kesan kepada kos sara hidup Keluarga Malaysia, terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah.

Berikutan itu, kerajaan telah dan sedang melaksanakan pelbagai inisiatif bagi menangani isu inflasi dan kenaikan harga barang keperluan asas bagi meringankan beban rakyat.

"Ini termasuk peruntukan sebanyak RM31 bilion dalam bentuk subsidi di bawah Bajet 2022 seperti pemberian subsidi Petrol RON95 dan diesel serta minyak masak dan tepung.

"Di samping itu, peruntukan sebanyak RM200 juta disediakan untuk mengurangkan harga barang keperluan di kampung,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Jabatan Perangkaan Malaysia hari ini mengenai Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia pada Disember 2021yang meningkat 3.2 peratus kepada 124.5 berbanding 120.6 dalam bulan sama pada 2020, berikutan kenaikan harga makanan dan bahan api.

Mustapa berkata kerajaan akan sentiasa memantau harga barangan terutama barang makanan dan mengambil langkah bagi mengelakkan kenaikan tidak munasabah, sekali gus mengurangkan beban rakyat secara keseluruhan. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!