Mahkamah larang berhimpun di KL selama seminggu

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur mengeluarkan perintah larangan berhimpun termasuk di Dataran Merdeka selama tujuh hari bermula Sabtu. - Foto 123RF, gambar kecil: Noor Dellhan
Mahkamah Majistret Kuala Lumpur mengeluarkan perintah larangan berhimpun termasuk di Dataran Merdeka selama tujuh hari bermula Sabtu. - Foto 123RF, gambar kecil: Noor Dellhan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret di sini mengeluarkan perintah larangan berhimpun di Dataran Merdeka, sekitar pusat beli-belah Sogo dan Masjid Jamek di ibu negara selama tujuh hari bermula Sabtu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, perintah tersebut dikeluarkan susulan ada pihak yang dikesan cuba untuk menganjurkan perhimpunan #tangkapAzamBaki di ibu negara.

"Polis tak terima sebarang notis untuk makluman perhimpunan daripada mana-mana individu atau pihak seperti yang digariskan dalam Akta Perhimpunan Aman 2012.

"Kami terima perintah dari mahkamah pada 20 Januari (Khamis) untuk halang mana-mana pihak adakan sebarang perhimpunan di tiga lokasi tersebut selama tujuh hari," kataya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini pada Jumaat.

Sinar Harian pada Jumaat melaporkan pihak polis akan menutup sebanyak enam jalan utama di sekitar ibu negara bermula jam 7 pagi pada Sabtu dan akan dibuka semula selepas perhimpunan tersebut selesai.

Selain daripada penutupan jalan, operasi bagi beberapa perkhidmatan pengangkutan awam di beberapa stesen di sekitar Kuala Lumpur akan diberhentikan operasi sementara.

Artikel Berkaitan: