X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 23 Mei 2022

Empat maut, 22 cedera dirempuh lori kontena

Empat maut dan 22 cedera di Indonesia selepas sebuah lori kontena merempuh barisan kenderaan dan motosikal yang berhenti di persimpangan lampu isyarat. - Foto ihsan orang awam
A
A

JAKARTA - Empat maut dan 22 cedera di Indonesia selepas sebuah lori kontena merempuh barisan kenderaan dan motosikal yang berhenti di persimpangan lampu isyarat.

Polis Daerah Kalimantan Timur berkata, rempuhan berlaku di persimpangan Muara Rapak, Balikpapan, pada kira-kira pukul 6.15 pagi (waktu Indonesia Tengah), pada Jumaat.

Pemandunya seorang lelaki Balikpapan berusia 48 tahun membawa kontena yang sarat dengan cecair kapur untuk rawatan air apabila ia merempuh kenderaan dan motosikal di simpang itu.

Video menunjukkan dua kenderaan pacuan empat roda, dua kereta, dua van mini, enam kenderaan pelbagai guna dan 14 motosikal rosak teruk di tempat kejadian.

Pemandu lori itu mendakwa dia menukar pemanduannya ke gear rendah untuk memperlahankan kenderaannya apabila menghampiri kawasan itu dan cuba menekan brek, tetapi tidak berfungsi, kata kenyataan itu.

Siasatan sedang dijalankan bagi mengetahui punca nahas. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!