Program Singgah Santun, dakwah bahaya rasuah di Gemas

Ahli kariah Masjid Nurul Huda, Felda Jelai 3 khusyuk mendengar ceramah bahaya rasuah daripada PU Raihan semasa Konvoi #RasuahBusters pada Jumaat.
Ahli kariah Masjid Nurul Huda, Felda Jelai 3 khusyuk mendengar ceramah bahaya rasuah daripada PU Raihan semasa Konvoi #RasuahBusters pada Jumaat.
A
A
A
GEMAS - Hari kedua Konvoi #RasuahBusters berjalan lancar apabila berjaya menganjurkan aktiviti kemasyarakatan menerusi program Singgah Santun di Felda Jelai 3, dekat sini.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan bersama masyarakat setempat, selain menawarkan hadiah istimewa Sinar Harian kepada pemenang program santai di felda tersebut.

Setelah berakhir program Singgah Santun, Konvoi #RasuahBusters berkunjung ke Masjid Nurul Huda, Felda Jelai 3 bagi menunaikan solat Jumaat.

Sebelum menunaikan solat Jumaat, satu siaran langsung program dakwah mengenai bahaya rasuah dianjurkan di masjid tersebut bersama ahli kariah.

Sesi ceramah dakwah santai pada pukul 11 pagi tersebut disampaikan oleh Pencetus Ummah (PU) Raihan atau nama sebenarnya Raihan Husni.
Artikel Berkaitan:


PU Raihan yang berasal dari Labu, Negeri Sembilan membicarakan isu rasuah yang bertajuk 'Rasuah Jalan Singkat Ke Neraka'.