X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 20 Mei 2022

Celcom perkenal perkhidmatan Cloud Gaming pertama di Malaysia

Pelanggan Celcom dapat menikmati lebih daripada 400 tajuk Cloud Gaming premium melalui mana-mana platform atau peranti dengan hanya RM40 sebulan.
A
A

CELCOM Axiata Berhad (Celcom) telah melancarkan perkhidmatan Cloud Gaming yang pertama di Malaysia bagi meningkatkan pengalaman pemain Malaysia ke tahap seterusnya.

Ketua Pegawai Perniagaan Celcom Axiata Berhad T. Kugan berkata, dengan kerjasama Radian Arc dan Blacknut, pelanggan Celcom dapat menikmati lebih daripada 400 tajuk Cloud Gaming premium melalui mana-mana platform atau peranti dengan hanya RM40 sebulan, tanpa perlu memuat turun spesifikasi perisian yang tinggi atau beli perkakas yang mahal.

Menurutnya, tawaran mampu milik terbaharu Celcom itu membolehkan pelanggan yang merupakan pemain tegar untuk nikmati permainan dalam talian (online) yang terkini mengikut keselesaan mereka.

“Celcom berbangga dapat bekerjasama dengan penyedia Cloud Gaming yang terkenal seperti Blacknut, bagi meningkatkan kebolehcapaian pengalaman bermain setiap rakyat Malaysia, tidak kira usia dan kemahiran.

“Pelanggan juga boleh menikmati teknologi Cloud Gaming premium dengan rangkaian 4G yang konsisten dan melalui kesalinghubungan internet fiber.

“Tawaran terbaharu ini dilancarkan pada tepat pada masanya kerana Malaysia akan melaksanakan rangkaian 5G di mana kelajuan rangkaian tersebut lebih pantas dalam memberikan pengalaman Cloud Gaming yang berkualiti serta meneroka kemungkinan tanpa penghujung dalam industri permainan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

T. Kugan
T. Kugan

Beliau berkata, perkhidmatan Cloud Gaming daripada Radian Arc dan Blacknut menggunakan teknologi GPU Edge serta rangkaian operator untuk memproses data dengan pengguna akhir.

“Kesemua platform pesaing bagi Cloud Gaming harus memenuhi keperluan rangkaian yang berbeza daripada penyedia perkhidmatan untuk setiap pemain, tetapi Radian Arc dan Blacknut dapat memberikan hiburan berkualiti tinggi yang konsisten kepada semua pelanggan.

“Dengan memanfaatkan teknologi Cloud serta disokong oleh rangkaian terlebar 4G LTE dan rangkaian fiber Celcom, pelanggan dapat menikmati akses tanpa had untuk aktiviti penstriman dan menikmati permainan kegemaran mereka,” katanya.

Beliau berkata, dengan Celcom MAX, pelanggan boleh menikmati pengalaman permainan terbaik dengan internet berkelajuan tinggi sehingga 500Mbps dan internet home fiber berkelajuan tinggi tanpa had.

“Untuk masa yang terhad, Celcom juga menawarkan pelanggan baharu dan sedia ada Celcom MAX akses percubaan kepada perkhidmatan permainan awan Blacknut secara percuma selama sebulan.

“Perkhidmatan Cloud Gaming Blacknut adalah serasi dengan kebanyakan peranti Android dan sesuai untuk PC, komputer Mac, telefon pintar Android dan iOS, dengan lebih banyak aksesori yang akan diperkenalkan tidak lama lagi,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Blacknut Olivier Avaro berkata, kolaboratif bersama dengan Celcom di Malaysia merupakan satu pencapaian yang hebat untuk Blacknut dan telah mengesahkan kedudukannya di Rantau Tenggara.

“Kami amat berbesar hati untuk bekerjasama bersama dengan Celcom bagi pelancaran Cloud Gaming yang pertama di negara ini,” katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!