Raducanu tetap berpuas hati biarpun tewas

Raducanu - Foto Reuters
Raducanu - Foto Reuters
A
A
A

BINTANG tenis Great Britain Emma Raducanu tetap berpuas hati dengan aksi dipamerkannya meskipun kalah kepada pemain Montenegro, Danka Kovinic pada Kejohanan Terbuka Australia, pada Khamis.

Malah, pemain berusia 19 tahun yang juga pemain ranking ke-18 dunia tetap berbangga dengan pencapaiannya biarpun akhirnya terpaksa menyerah 4-6, 4-6, 3-6 kepada Kovinic.

“Walaupun tewas, tetapi saya tetap berpuas hati dengan persembahan dipamerkan pada pertemuan di Terbuka Australia kali ini.

“Saya telah bermain dengan penuh semangat, tetapi Kovinic ternyata mempamerkan aksi yang lebih baik untuk capai kemenangan.

“Saya juga telah lakukan analisis atas kekalahan ini dan akan lebih bersedia untuk mengharungi kejohanan-kejohanan akan datang,” katanya.

Kekalahan itu turut menyaksikan Raducanu mencipta sensasi tersendiri apabila gagal dalam percubaannya untuk memenangi satu lagi gelaran Grand Slam.

Mengulas lanjut, Raducanu akan cuba mempelajar beberapa teknik permainan tenis yang lain sebagai persediaan untuk mengharungi kejohanan-kejohanan mendatang.

“Saya masih muda dan masih ada banyak perkara perlu pelajari, termasuk teknik-teknik dalam permainan tenis bagi memastikan aksi konsisten berterusan,” katanya.

Artikel Berkaitan: