X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 23 Mei 2022

Daesh didakwa serang, bebaskan tahanan penjara di Syria

Gambar fail menunjukkan sejumlah tahanan di Penjara Ghwayran, Syria. - Foto AFP
A
A

DAMSYIK - Kumpulan Daesh menyerang sebuah penjara di timur laut Syria pada Khamis sekali gus membebaskan anggota-anggotanya.

Bagaimanapun, Badan Pemantau Syria untuk Hak-Hak Asasi Manusia yang melaporkan kejadian itu hanya menyebut sejumlah tahanan berjaya melarikan diri.

Menurut badan pemantau yang berpangkalan di Britain itu, sebuah bom kereta mengenai pintu masuk penjara Ghwayran dan letupan kedua berlaku di kawasan berhampiran sebelum anggota-anggota kumpulan Daesh menyerang pasukan keselamatan Kurdis yang mengawal kemudahan tersebut.

Ghwayran adalah salah satu kemudahan terbesar yang menempatkan anggota-anggota Daesh di wilayah separa autonomi yang dikawal oleh pihak berkuasa Kurdis di timur laut Syria, kata ketua badan pemantau berkenaan, Rami Abdul Rahman kepada AFP.

“Pemberontakan baharu dan cubaan melarikan diri oleh pengganas Daesh yang ditahan di penjara Ghwayran di al-Hasaka sempena letupan bom kereta,” kata kenyataan Angkatan Demokratik Syria.

Bagaimanapun, Angkatan Demokratik Syria yang mendapat sokongan Amerika Syarikat (AS) mengesahkan serangan yang jarang berlaku itu dalam satu kenyataan tetapi tidak menyebut terdapat tahanan-tahanan yang telah melarikan diri. - Agensi


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!