X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 20 Mei 2022

Nojima buka cawangan pertama di Malaysia

Rosol (dua dari kiri) ketika merasmikan pembukaan pertama cawangan Nojima di Mitsui Shopping Park LaLaport, Kuala Lumpur pada Khamis. - Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR
A
A

PERUNCIT terkemuka di Jepun, Nojima Corporation (Nojima) merasmikan pembukaan cawangan pertamanya di Malaysia pada Khamis di Mitsui Shopping Park, LaLaport.

Nojima merupakan salah satu peruncit yang inovatif dan berpengalaman memenuhi citarasa pelanggan selain menawarkan pelbagai produk berkualiti tinggi membabitkan teknologi terkini hingga peralatan kediaman serta elektronik mampu milik.

Ia juga bakal menjadi pusat sehenti untuk mereka yang berhasrat mendapatkan barangan keperluan kediaman termasuk perabot.

Bagi mencapai hasrat berkenaan, Nojima dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, pihaknya akan bersinergi dengan syarikat induk dengan menggunakan prinsip dan tradisi Jepun yang berasaskan kepercayaan dan hubungan dengan pelanggan.

“Selain menawarkan rangkaian produk yang luas, kami turut melatih dengan cekap pasukan perunding jualan bagi memastikan pelanggan menikmati pengalaman yang ketika membeli-belah.

“Kami akan berusaha sebaik mungkin untuk masa depan perniagaan ini,” katanya.

Pembukaan pertama cawangan Nojima itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid.

Nojima menawarkan pelbagai produk berkualiti tinggi daripada teknologi terkini sehingga peralatan kediaman serta elektronik mampu milik. - Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR
Nojima menawarkan pelbagai produk berkualiti tinggi daripada teknologi terkini sehingga peralatan kediaman serta elektronik mampu milik. - Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR

Turut hadir, Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Azman Adam dan Ketua Pegawai Eksekutif Nojima Malaysia, Harry Higashiura.

Justeru, Nojima mengalu-alukan pelanggan mengunjungi cawangan Nojima di Mitsui Shopping Park LaLaport, Kuala Lumpur kerana banyak tawaran menarik menanti pengunjung.

Sementara itu, Rosol ketika ditemui Sinar Harian berkata, pembukaan cawangan Nojima itu membuktikan keyakinan pelabur asing terhadap keadaan ekonomi dan politik negara ini.

“Ia pembukaan pertama di Malaysia selepas mempunyai hampir 800 cawangan di Jepun.

“Ini menunjukkan bahawa mereka ada keyakinan untuk membuka cawangan di sini dan saya harap mendapat sambutan yang baik sekali gus menarik lebih ramai lagi peruncit dari luar berniaga di Malaysia,” katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!